Saturday, 24 March 2012

Padah Tipu Ibu, Remaja Dirogol Empat Lelaki




Menipu adalah satu perbuatan yang berdosa, apatah lagi jika ia dilakukan terhadap ibu sendiri.

Silap haribulan ia akan mendapat balasan di dunia terus, bak kata orang – Tuhan bayar ‘cash’!

Dan inilah yang berlaku pada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Ngulang, Perlis minggu lalu.

Pada mulanya si gadis ini memberitahu ibunya hendak ke pasar malam, tetapi rupa-rupanya dia ‘melencong’ ke tempat lain bersama teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu.

“Mangsa telah dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.

“Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu.

“Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, Khamis lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nadzri berkata, sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah ini, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur.

“Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook,” katanya.

Semoga kes ini menjadi peringatan kepada gadis di luar sana supaya berhati-hati dan jangan sekali-kali melawan apatah lagi menipu ibu bapa sendiri.

Tidak ada ibu bapa yang mahu anaknya menjadi liar dan jahat, sebab itu adakalanya mereka dilihat seperti mengongkong tetapi percayalah ia demi kebaikan kita sendiri.

Nanti kalau jadi seperti adik kita di Perlis tu macam mana?

Jangan dah terhantuk, baru nak tergadah,

No comments:

Post a Comment