BANGKOK 29 Feb. - Sebuah mahkamah di Thailand, semalam menjatuhi hukuman penjara selama 21 tahun ke atas seorang warga Britain atas kesalahan merogol tiga gadis di bawah umur.
Ketiga-tiga mangsa dipaksa mengadakan hubungan seks oleh salah seorang daripada ibu mangsa tersebut.
Menurut pegawai mahkamah, Stuart Hargreaves Lloyd, 45, didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan tiga gadis terbabit antara 2004 dan Ogos 2010 di beberapa hotel di Bangkok dan di Pattaya.
Katanya, seorang wanita berumur 50 tahun turut dihukum penjara selama 42 tahun kerana memaksa tiga gadis itu termasuk anak perempuannya melacur.
No comments:
Post a Comment