Saturday, 25 February 2012

Isu Gambar Aksi Lucah - Marsha Mohon Maaf Kepada Umum

SEJURUS reda kontroversi kononnya berkahwin secara rahsia di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang ternyata hanya gimik mengarut, bintang jelita Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha Milan Londoh atau Marsha, 25, mencetuskan kontroversi terbaru apabila dia tampil bergaya seksi melampau menerusi muka depan sebuah majalah gaya hidup dan hiburan, sekali gus beliau menerima kecaman hebat daripada orang ramai sehingga menjadi perdebatan dalam laman sesawang atau blog hiburan.

Sekalipun Marsha sudah acap kali dilabel gemar memberikan pose ‘berani mati’ sebelum ini, namun kemunculan beberapa foto panasnya menerusi majalah berkenaan dianggap keterlaluan sehingga ada tuduhan menyamakan aksi seksi pelakon dan penyanyi itu persis bintang pornografi!

Sekalipun Marsha bukan beragama Islam dan tidak menjadi kesalahan kepadanya memberikan aksi seumpama itu, namun kebanyakan peminatnya membabitkan orang Melayu beragama Islam termasuk kanak-kanak, justeru kerelaannya memberikan pose ghairah melampau seperti itu dianggap tidak menghormati nilai budaya Timur dan kesopanan, selain mengenepikan faktor sensitiviti yang selama ini harus dipelihara agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Selain itu, ruangan pojok Gayah Gebu terbitan Metro Ahad 24 Julai lalu turut memaparkan perihal seorang artis yang muncul dengan pose panas menerusi majalah berkenaan. Mengambil judul ‘Gaya seksi bagai artis Hollywood’ mendakwa seorang artis wanita bintang AF3 beraksi berani dengan beberapa adegan mengghairahkan di sebuah majalah.

Antara lain artikel berkenaan mendedahkan artis wanita bintang AF3 berpakaian mencolok mata tampil dengan beberapa pose panas melampau di sebuah majalah. Gaya artis itu berposing mengalahkan bintang dari Barat, sekali gus menyamakan aksi itu persis Maria Ozawa iaitu bintang terkenal pornografi yang mencipta nama di Jepun dan Amerika Syarikat!

Sekalipun artikel berkenaan tidak menyebut sebarang nama, ramai meneka tepat, artis wanita bintang AF3 itu ialah Marsha.
Rabu lalu, penulis berjaya menghubungi Marsha untuk memperoleh komen daripadanya.

“Saya sudah membaca artikel berkenaan, saya mengaku, ia ditujukan kepada saya. Sebenarnya saya malu apabila aksi saya dalam majalah berkenaan disamakan dengan Maria Ozawa…,” kata Marsha pada awal perbualan tanpa berselindung.

Jelasnya, ketika fotografi diadakan, dia berpeluang melihat semua gambar yang dirakam dan baginya tak ada apa-apapun yang melampau, biasa saja. Namun, apabila foto berkenaan melalui proses ‘cropping’ dan disiarkan, Marsha mendakwa gambar berkenaan kelihatan amat lucah!

“Ada lagi baju yang lebih seksi, tapi hanya baju itu saja yang elok dan saya selesa mengenakannya. Apabila saya lihat gambar itu di skrin komputer, gambar yang dirakam itu diambil dari sudut long shot, tapi apabila foto berkenaan dicrop dan dilihat secara close-up, saya terkejut apabila ia kelihatan begitu lucah! Alamak, apa hal! Salah saya juga apabila tidak bertanya terlebih dulu, gambar mana yang nak disiarkan.

“Kini, apabila majalah berkenaan berada di pasaran, orang melihat gambar itu, saya menjadi mangsa kritikan dan kutukan. Mereka mendakwa, aksi seksi itu keterlaluan, sekali gus saya dikatakan tidak menjaga sensitiviti orang Melayu-Islam yang rata-ratanya adalah peminat saya.

“Disebabkan itu, dalam kesempatan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung apabila melihat pose yang dianggap keterlaluan itu.

“Saya sedar, apabila menjadi artis, sekalipun kita tidak melakukan apa-apa kesalahan, ada saja pihak yang membenci, tapi apabila berlakunya perkara seumpama ini, memberi lebih peluang kepada mereka untuk lebih membenci kita. Saya tak mampu berbuat apa-apa lagi, melainkan permohonan maaf yang saya harap boleh memberi ruang kepada saya memperbaiki kesilapan,” katanya dalam nada kesal.

Katanya lagi, sebagai manusia, dirinya sering melakukan kesilapan. Marsha mengaku, dirinya tidak sempurna dan melakukan banyak perkara yang tidak disenangi tanpa sedar.

Apabila berasakan dirinya bukan beragama Islam, Marsha bebas berbuat apa saja apabila memikirkan perkara itu tidak menjadi satu kesalahan baginya, justeru adakah kerana faktor itu, dia tanpa berfikir panjang rela dan berani memberikan aksi ghairah seumpama itu?

Jelasnya, dia tidak pernah berfikir ke arah itu kerana apa saja pakaian yang digayakan perlu selesa, jadi asal saja pakaian yang dikenakan tidak kelihatan dirinya bogel, dia tidak keberatan menggayakannya.

“Sekalipun saya Kristian, tidak bermakna saya sewenang-wenangnya boleh berbuat apa saja, tak pernah terfikir begitupun. Lagipun, saya berkawan dengan ramai orang Islam. Terus-terang, apabila menjayakan fotografi berkenaan, saya tak sangka hasilnya boleh jadi seperti hari ini. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan saya.

“Bagi saya, semua agama, termasuk Islam mahupun Kristian, mempunyai moraliti. Jadi, tidak bermakna, apabila saya beragama Kristian, hanya terbayang perkara yang negatif semata-mata. Semua agama mendidik supaya melakukan perkara yang baik. Tapi, apabila pose saya berikan kepada majalah berkenaan dianggap keterlaluan, itu yang sebenarnya mengundang ketidakselesaan kepada orang ramai,” katanya penuh kesal.


sumber : informasi

3 comments:

  1. Macam2 la strategi untuk mempromosi kan nama artis sekarang ni

    ReplyDelete
  2. ..ne je pun nak jadi isu, kalau budak malayu buat seks ,ada video lucah tak pulak jadi isu, apa barang org2 skg ne, saja ler tu nak jatuh kan nama artis yg dorang tak minat.

    ReplyDelete
  3. ..aqw tak kisah, apa pun marsha buat, sb tu ler cara nak cari rezeki tampa mngharap orang lain, ne kira pling okay, dari pada permpuan2 d luar sana, yang jadi GRO.. i love marsha

    ReplyDelete