Berita tersebut mulai tersebar luas apabila sebuah pengendali blog hiburan terkenal menerbitkan artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun, yang secara jelas merujuk kepada dirinya.
Terkejut dan malu dengan tuduhan tersebut, Shades nekad mahu mengambil tindakan menyaman pengendali blog hiburan tersebut, dan sebelum itu laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana, Selangor sudah dibuat.
Pihak polis menghubungi Shades memberitahu perogol sebenar berjaya ditahan. Siapakah perogol itu, polis enggan mendedahkan gerangan perogol tersebut. Sejak hari itu, Shades mulai geram sedangkan perogol sebenar sudah diketahui tetapi pihak polis masih menyimpan maklumat. Sebaliknya, blog hiburan tersebut dengan senangnya menuduh saya tanpa usul periksa
No comments:
Post a Comment