Monday, 14 May 2012

Wanita Tayang Buah Dada Cuba Mencuri Trofi Euro 2012 Yang Dipamerkan

Wanita Tayang Buah Dada Cuba Mencuri Trofi Euro 2012

Seorang perusuh wanita warga Ukaraine ditahan pihak polis atas cubaan mencuri trofi Euro 2012 ketika ia dipamerkan di Kiev, menurut Reuters.

Yulia Kovpachik, 23, kelihatan mendekati trofi yang dipamerkan di Independence square, sebelum membuka bajunya untuk menunjukkan mesej di bahagian bawah dadanya yang bertulis ‘F**k Euro 2012′.

Dia dipercayai seorang wakil bagi sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Femen, sebuah kumpulan yang mempertahankan hak wanita di Kiev yang sering melakukan protes dengan membuka baju mereka di khalayak ramai di negara tersebut.

Kumpulan tersebut selalunya bertindak atas perkara yang mereka rasakan tidak adil dari segi politik, permasalahan sosial dan penggunaan wanita di Ukaraine.

Femen mempercayai bahawa Euro 2012 akan mendatangkan banyak masalah di Ukaraine seperti expoitasi seks dalam kalangan peminat-peminat bola sepak ketika acara sedang dijalankan.

Lebih daripada sejuta pelawat dijangkakan akan tiba di Ukaraine pada musim panas untuk Euro 2012, sebuah acara bola sepak yang dihoskan secara bersama oleh Ukaraine dan Poland.

No comments:

Post a Comment