PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin bahawa isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu sekiranya benar ia anak Jimmy.
Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada petang 24 Januari tahun lalu selepas dia menegur isterinya yang didapati masih berjudi.
Menurut laporan Sinar Harian, Jimmy juga berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.
“Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah,” kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.
Pada prosiding itu juga, Jimmy telah mengemukakan beberapa alasan yang menunjukkan isterinya nusyuz.
Antara lain, Suhaila dikatakan menghilangkan diri 16 hari tanpa izinnya selepas ditegur supaya berubah.
Selain itu, Suhaila dikatakan bercuti di China tanpa izin Jimmy dan pengacara itu mendakwa isterinya masih berjudi walaupun sudah banyak kali dia merayu supaya berubah.
Jimmy menfailkan permohonan kembali taat terhadap Suhaila pada 3 Januari lalu, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.
Permohonan itu dikemukan selepas Jimmy dan Suhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun tahun lalu.
Mstar
No comments:
Post a Comment