Thursday, 30 June 2011

Tragedi Holocaust

Apa itu holocaust?Holocaust adalah istilah yang umumnya digunakan untuk menggambarkan pembunuhan sekitar enam juta orang Yahudi Eropah semasa Perang Dunia II.Ia adalah sebahagian daripada program kemusnahan yang dirancang oleh rejim Sosialis Kebangsaan Jerman yg dipimpin oleh Adolf Hitler suatu ketika dahulu. 

Anggarannya,seramai 5,59 hingga 5,86 juta korban Yahudi di Encyclopaedia Of Holocaust(1990).Kira-kira 8 hingga 10 juta orang Yahudi tinggal di kawasan-kawasan yang dikuasai secara langsung atau tidak langsung oleh pihak Nazi.6 juta dibunuh dalam peristiwa Holocaust sehingga mencatatkan 60 hingga 75peratus daripadanya adalah orang-orang Yahudi.Kira-kira 3.3 juta Yahudi Poland, lebih dari 90 peratus daripadanya tewas. Proporsi yang sama juga berlaku apabila mereka yg berbangsa yahudi tewas di Latvia dan Lithuania, tetapi sebahagian besar orang Yahudi Estonia dievakuasi dalam masa yang sama. 

Di Czechoslovakia, Greece,Belanda dan Yugoslavia,dianggarkan 70 peratus bangsa yahudi terkorban.Lebih daripada 50 peratus tewas di Belgium, Hungary dan Romania. Kemungkinannya perkadaran yang sama berlaku di Belarus dan Ukraine, namun angka-angka ini kurang menentu.Negara-negara dengan proporsi yang lebih rendah angka korban adalah Bulgaria, Denmark, Perancis, Itali dan Norway.Dari 750.000 orang Yahudi di Jerman dan Austria 1933, hanya satu perempat yg selamat.Walaupun banyak Yahudi Jerman berpindah sebelum 1939, majoriti ini melarikan diri ke Czechoslovakia, Perancis atau Belanda.Walaupun begitu, perkara yg sama perlu mereka hadapi,ialah kematian.











No comments:

Post a Comment