Friday, 27 May 2011

Himpunan Cerita Lawak


KONFLIK SUAMI DAN ISTERI
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

PAK PANDIR KE KEBUN
Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJASalim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

PENUMPANG DEGIL YANG BODOH
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.

KENCING MASAM LEBIH TERUK
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

TUNGGU SAMPAI KERETA LALU
Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Sedang seronok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis", tanya Razi.
"Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong," pujuk Khairul pula.
Sambil teresak-esak budak tu berkata, "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada laa."
Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.

No comments:

Post a Comment