Pada hari Rabu (10 Jun), Nunung Kustini, ketika beliau hendak menyiram pokok di halaman rumahnya, terpegun kerana menjumpai tiga tapak kaki berukuran gergasi sepanjang 30 cm dan lebar 10 cm. Ukuran tumitnya sahaja 2 kali ganda manusia dewasa.
Tapak kaki itu cukup dalam, ketika ditemui sedalam 5 cm, ini menunjukkan berat makhluk itu ketika memijak tanah itu adalah sangat berat. Apa yang pelik adalah, salah satu tapak kaki itu terdapat sebatang pokok kecil di tengah-tengahnya masih di dalam keadaan baik dan segar. Jika tapak kaki itu dibuat-buat oleh sesetengah pihak, bagaimana pokok tersebut boleh hidup di segar di situ sedangkan tiada tanda-tanda ianya ditanam semula di situ.
Perkhabaran ini telah tersebar luas di sana dan ramai yang telah datang untuk menyaksikan sendiri kejadian ini. Penduduk kampung telah memagar tapak kaki itu dengan buluh agar tidak dirosakkan oleh pengunjung.
Masyarakat setempat ada mengaitkan yang telapak kaki ini adalah tapak kaki jin.
No comments:
Post a Comment