Memang pelik.. Baru-baru ini sekumpulan penyelidik telah menemui spesis kelawar yang kebanyakan aktivitinya adalah dengan berjalan termasuk ketika memburu makanan. Ia seolah berjalan dengan empat kaki.
Menurut rancangan National Geographic, spesis ini dikatakan ada hubung kait dengan spesis kelawar 20 juta tahun silam di Australia. Penyelidikan itu diketuai oleh penyelidik antarabangsa iaitu Dr. Suzanne Hand, pakar kelawar di University of New South Wales, Sydney.
Selain daripada kelawar pontianak (Desmodus rotundus) di Amerika, kelawar yang dijumpai di New Zealand itu disenaraikan spesis kelawar yang boleh berjalan dengan empat kaki berbanding dari 1100 spesis kelawar di seluruh dunia.Kelawar ini menggunakan sayapnya sebagai kaki.
Kumpulan itu mendapati, adaptasi otot dan tulang milik kelawar ini adalah mirip dengan fosil kelawar yang dijumpai di Australia.”Kelawar berekor pendek itu merupakan satu-satunya spesis yang terselamat dari kumpulan moyang mereka yang berasal dari Australia dan kini hanya ditemui di New Zealand,” kata Dr. Hand.
Penemuaan ini menentang kebiasaan kelawar tidak ditemukan di atas tanah atas faktor persaingan dan masalah pemangsa lain yang boleh mengancam mereka, tidak ada sebarang bukti menunjukkan kemampuan kelawar ini untuk terbang menurun kerana hidup di pulau yang terpencil” tambah Dr. Hand.
Kelawar ini berayap di tanah di kawasan hutan tebal untuk memburu serangga sebagai makanan.
kalau dah namanya ada kaki mestilah nak try berjalan pulak.. hehe
ReplyDelete