Sunday, 11 November 2012
Fazura Hina Lisa Surihani?
Ye Ke Fazura Hina Lisa Surihani? - Adakalnya penulis blog lagi cabul mulut dari wartawan hiburan.
Ambil contoh blog Cili Padi ni.
Bagi penulis, blogger ni ada potensi untuk menjadi wartawan hiburan yang popular kalau dibawak ke arus perdana.
Bendanya mudah sahaja asalnya.
Kisah Fazura tak mahu berlakon cerita Istanbul Aku Datang terbitan Red Films atas alasan tidak akan berlakon sekiranya terdapat adegan di ranjang atau babak berpelukan dengan pelakon lelaki (Wahhhh Fazura…tidak ku duga).
Mungkin nampak rendah sikit la kot moral kalau berlakon peluk-peluk lelaki dan di ranjang.
So, selepas Fazura menolak, watak itu diberikan Lisa Surihani yang berjaya melakonkannya dengan baik sekali.
Namun, kalau ikut Cili Padi…dia telah mewujudkan persoalan apakah Fazura telah menghina Lisa Surihani melalui alasannya untuk tidak menerima tawaran berlakon dalam drama itu.
Jauh juga anjakan penulis blog berkenaan.
Tidak ada apa-apa, cuma di tajuk sahaja persoalan itu dibuat. Namun, sebaris ayat itu sudah mendalam konotasi dengan kesannya.
Penulis sendiri rasanya Fazura cuma meluahkan prinsip dia dan Lisa pula lain prinsipnya.
Lagipun cita Istanbul tu bukan ada adengan ranjang pun kan. So tak jadilah isu.
Apa kata anda? – MyNewsHub
Labels:
artis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment