Friday, 6 July 2012

Bandar Di Itali Larang Warganya Untuk Mati!


NAPLES – Apa yang kita semua tahu, ajal itu di tangan tuhan, bermakna kita tidak tahu bila ia akan datang dan kita tidak mampu menghalangnya.
Namun, peraturan yang dikeluarkan seorang Datuk Bandar di sebuah desa kecil di selatan Itali nyata sangat berbeza dengan pemahaman kita itu dan boleh dikatakan sebagai tidak masuk akal.
Datuk Bandar bernama Giulio Cesare Fava dari Bandar Falciano del Massico, daerah yang terletak 50km di utara Kota Naples mengeluarkan arahan melarang warganya untuk mati.
Peraturan itu dikeluarkannya kerana tidak tersediannya ruang perkuburan yang cukup di daerah tersebut.
Seperti dilaporkan Euro News, Fava mengatakan perintah itu dikeluarkan setelah adanya pertikaian dengan bandar bersebelahan berkaitan kerjasama untuk berkongsi tanah kubur.
“Dilarang bagi warga untuk melampaui batas-batas hidup duniawi dan untuk pergi ke dunia akhirat.
“Peraturan ini telah membawa kebahagiaan, malangnya, dua warga lansia tidak taat dengan peraturan ini,” katanya Datuk Bandar itu awal minggu lalu.
Sengketa berkaitan pemakaman itu bermula ketika del Massico menjadi kota berautonomi pada 1964 dari kota tetangga, Carinola.
Ketika sempadan kedua bandar dikaji semula, kawasan perkuburan hanya berada di Carinola. Mereka yang meninggal di kedua-dua bandar dikuburkan di perkuburan lama sehingga tidak ada ruang untuk perkuburan baru.
Malangnya, kedua-dua bandar tidak setuju pada penyelesaian tentang konsep ‘kubur bersama’.
“Ini adalah peraturan provokatif (dilarang mati), tapi saya harus mengeluarkannya dalam rangka untuk meningkatkan kesedaran di antara pihak berkuasa yang bertanggung jawab,” kata Datuk Bandar Fava.
Sejak Falciano del Massico mendapatkan autonomi pada 1964, kata Fava, del Massico belum berjaya membina tanah perkuburan.
Peraturan tersebut jelas membuat warga del Massico menggaru kepala, tanda kebingungan. “Datuk Bandar mengatakan bahawa kami tidak harus segera mati, tapi bagaimana kita boleh taat?,” kata warga tempatan yang keliru.

No comments:

Post a Comment