Saturday, 28 January 2012
Rihanna Hisap Ganja Kerana Patah Hati?
Sejak berpisah dengan bekas kekasihnya, Chris Brown, penyanyi Rihanna dilaporkan telah terlibat dengan pengambilan najis dadah akibat terlalu kecewa. Menurut sumber yang terserempak dengan penyanyi itu melihatnya berpakaian tidak senonoh sambil menghisap rokok dipercayai ganja.
Dia dikatakan berjalan-jalan seorang diri di pantai Hawaii dalam keadaan seperti khayal. Sehari sebelum itu juga, penyanyi lagu We Found love ini berparti sakan bersama rakan-rakannya dan dipercayai berada dalam keadaan khayal kerana menghisap dadah.
Rihanna juga sempat menulis di laman Twitter menggunakan lirik lagu penyanyi rap, Drake yang berkisar mengenai dadah. “Kush rolled, glass full… I prefer better things!” tulisnya di laman sosial itu.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment