Tuesday, 1 November 2011

Super gila! Wanita ini bunuh dan masak tubuh suaminya

Santa Ana – Seorang wanita membunuh dan mencincang suami yang baru dia kahwini, kemudian memasak dagingnya. Puluhan tahun dipenjara, dia kini minta dibebaskan.

Omaima Nelson, model dan pengasuh anak kelahiran Mesir, akan diberikan pembebasan bersyarat Amerika di LSM Central California Women, Chowchilla, AS. Di tempat itu, dia sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Omaima dituduh membunuh suaminya yang berusia 56 tahun, William Nelson, secara kejam hingga polis membandingkannya dengan tokoh pembunuh keji, Hannibal Lecter. Saat itu, wanita ini baru berusia 23 tahun.

Polis merasakan, Omaima melakukan pembunuhan itu kerana hendak mencuri harta Nelson dan setelah puas merayunya sehingga dinikahi. Sumber menyatakan, pembunuhan terjadi dalam waktu kurang dari sebulan sejak mereka berkahwin.

Tidak hanya dibunuh, tubuh Nelson dicincang dan beberapa bahagiannya dibuang ke pembuangan sampah. Menurut jiran tetangganya, mereka telah mendengar bunyi mesin penghancur sampah selama beberapa jam setelah pembunuhan terjadi.

No comments:

Post a Comment