Wednesday, 30 November 2011

Seorang Ibu mati ditembak oleh anaknya yang berusia 10 tahun


OHIO (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditahan selepas dia memberitahu jiran yang dia sudah menembak ibunya hingga mati.

Deborah McVay, 46, ditemui mati selepas cedera akibat satu das tembakan di kepalanya Ahad lalu di Big Prairie di pertengahan jalan antara Cleveland dan Columbus di Ohio. Menurut polis, anggota paramedik menemui Deborah tertiarap di atas lantai di ruang tamu kediamannya. Dia disahkan mati di tempat kejadian dan dipercayai peluru ditembak daripada pistol .22 kaliber.

Pihak berkuasa bergegas ke kediaman wanita itu selepas seorang jiran menghubungi polis memberitahu anak Deborah menemuinya dan mengatakan dia baru menembak ibunya. Anak lelakinya itu kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Richland dan akan tampil di mahkamah tengah hari ini.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya itu mempunyai sejarah masalah tingkah laku. - Agensi

Kerana ketagihan seks sanggup duduk dalam tandas selama 2 hari

Bertemu dengan kekasih lama di Facebook meyebabkan seorang gadis usia 13 tahun di Detroit, Amerika Syarikat, nekad mengundang bekas kekasihnya itu datang ke rumahnya.

Dia dan lelaki bernama Donald Hunter itu, akhirnya berhubungan seks Dan gilanya, Donald namp
nya ketagihan sehingga rela bersembunyi 2 hari di dalam tandas gadis itu.

Perbuatan mereka ini akhirnya terbongkar setelah ibu gadis itu masuk ke bilik dan membuka pintu takandas di sana. "Aku bertanya, siapa kamu? Dia pun hanya terdiam dan melihat ke arah anakku," kata ibu gadis dalam penbicaraan kes itu di mahkamah.

Kes ini pun dilaporkan ke polis dan Donald di kenakan dakwaan berhubungan seks dengan anak di bawah umur dan mungkin dihukum 15 tahun penjara.

Ibu mengakui bahawa dulu, dia cuba memisahkan hubungan anaknya dengan tertuduh. Dia melarang anaknya berhubungan dengan tertuduh, baik melalui telefon ataupun internet. "Aku yang salah dan berharap, dia tak dipenjara," kata gadis itu. Kes ini kembali mengungkap bahaya jika para remaja mengakses internet tanpa pengawasan orang tuanya.

"Kes ini jadi contoh bahawa kita harus mengawasi apa yang dilakukan anak kita di internet," kata hakim Kym Worthy yang mengendalikan kes ini.

Padah mencuri, wanita ini diarah bogel depan orang ramai


A woman caught shoplifting was punished by being forced to strip in public. The story, accompanied by photos of the half-naked woman crying, has divided netizens in a debate over the appropriateness of such punishment.

13:40 so Nov 11, in a clothes store of Wenling City, Zhejiang Province, a customer left his bag in the store while trying on clothes in dressing room, then a 40-year-old woman put his hand into the bag to steal, but did not succeed and the theft was found by customers.

The women theift grabbed the bag and ran, but were immediately surrounded by angry customers, in the process of ripping women’s top clothes were all pulled down. “That woman stood there with upper body naked, many people gathered around, women tried to put hands over her chest and cried on the spot.”

Netizens have different views. Some think it is wrong to steal, but everyone has his own interests, pulling down the thief’s clothes has gone too far, but some insist that the thief deserves a harsh punishment.

Sudah 10 tahun wanita ini tak duduk

Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah kesenangan kecil yang kita anggap biasa ini bagaikan anugerah impian yang tak boleh lagi dimiliki wanita ini.

Penderitaan ibu beranak satu ini bermula sejak Januari 2000. Ketika itu dia menjalani histerektomi total. Malangnya, setelah pembedahan, dia merasa sakit dan rasa terbakar hebat pada pinggul, punggung bawah dan paha atasnya.

Angela hanya boleh berdiri tegak atau berbaring untuk menghindari rasa sakit tersebut. Sejak 'penyakit saraf ini menimpanya, dia mengaku banyak kehilangan waktu bersama anak perempuannya, Francesca, 14.

"Yang saya inginkan adalah boleh pergi menonton filem bersama anak saya. Tetapi saya tidak dapat berdiri di panggung wayang," ujarnya, seperti dikutip dari laman The Sun.

Angela, 57, bersama suaminya, Keith, 63 berusaha memperoleh pengubatan untuk meredakan rasa sakit namun tak banyak membantu. "Saya keluar-masuk hospital selama 10 tahun dengan kerusi kereta yang selalu diturunkan agar saya dapat berbaring."

Hingga kini, Angela dan keluarganya terus berusaha memperolehi pengubatan yang tepat untuk mengurangi deritanya.-(link)

Percaya tak wanita ini berumur lebih 50 tahun?

Amparo Grisales adalah seorang aktris dan model yang berasal dari Colombia yang telah berlakon selama beberapa dekad . Lahir pada t 19 September 1956 di Bogota, Grisales mulai berlakon pada usia 5 tahun. Di usia 13 tahun, dia mendapat peranan dalam lakonan opera. Grisales juga banyak berlakon di berbagai mini-seri di Mexico, Venezuela, Brazil, France dan Afrika Selatan.

Sanggupkah anda menaiki bas pelik ini?

Di dunia ini terdapat kereta yang pelik dan sangat bagus yang dihasilkan unuk melengkapkan kehidupan seharian manusia tetapi apabila menjadi suatu rekaan yang pelik dan gila,adakah anda sanggup menaikinya?

Baru 28 tahun wanita ini sudah disahkan menopause

Wanita menopause, itu pasti. Hilangnya kemampuan reproduksi akibat perubahan hormon seiring penuaan usia ini, selalunya menimpa wanita usia 45 tahun ke atas.Bagaimana dengan Katy Hayward, wanita yang berasal England, yang menopause di usia 28 tahun?

Katy terkejut mendengar diagnosis doktor. Doktor mengatakan bahawa di usianya yang kini sudah hampir 30 tahun, tak ada lagi pengubatan atau terapi untuk mengembalikan kemampuan reproduksinya.

Untuk menyelamatkan sel telurnya sudah terlambat. Harapan, satu-satunya hanya derma telur daripada orang lain, tapi itu juga tak mudah. "Saya terkejut," kata Katy. "Memiliki anak adalah kebanggaan seorang wanita."

Dr Beth Cartwright dari Unit Penelitian Menopause di Guy's Hospital London mengatakan, belum ada penjelasan perubatan yang cukup detail tentang menopause ini. Hanya satu dari setiap seribu wanita yang mengalami menopause di bawah usia 30 tahun.

Menopause ditandai dengan perubahan hormonal akibat berkurangnya produksi estrogen. Keadaan ini tak hanya memengaruhi kesuburan, tapi juga meningkatkan risiko tulang rapuh, serangan jantung, dan stroke.

Sejauh ini, Unit Penelitian Menopause di Guy's Hospital masih terus melakukan kajian dan penelitian demi menemukan pencegahan dan pengubatan menopause awal usia pada wanita. Ini membuat Katy masih berani berharap boleh memiliki anak dari rahimnya suatu saat nanti.