Wednesday 17 April 2013

Sekitar Pengebumian Jenazah P.Ramlee

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

Bapa P.Ramlee

Ibu P.Ramlee


P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

P.Ramlee semasa muda


Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.




solat jenazah P.Ramlee

Gambar - gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah. Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya. Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee

Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia

Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

Adi Putra Bangga Ambil Anak Angkat

Aktor kacak popular masa kini, Adi Putra, bangga mendapat anak angkat barunya dan ternyata naluri kebapaan aktor itu sangat kuat.

Adi Putra yang membintangi drama Tentang Dhia ini sangat teruja mendapat anak angkatnya dan memperkenalkan anak angkatnya, Zara Adelia Haadi, kepada follower Twitternya. Kehadiran anak angkatnya, Zara, yang berusia tidak sampai sebulan itu telahpun memberi kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup Adi Putra dan isteri. Aktor itu menyatakan tanggungjawabnya kini telah bertambah semenjak bergelar seorang bapa.



“Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. My daughter Zara Adelia Haadi” tweet Adi Putra penuh gembira.

Pengalaman pertama Adi Putra menjadi seorang bapa, tidak menyebabkan beliau berasa kekok bagi membantu isterinya menjaga Zara, termasuklah menukar lampin anak angkatnya itu sendiri serta bangun berjaga lewat malam bagi menjaga bayi terbabit. Adi Putra layak digelar sebagai bapa mithali.

Cuba Perhatikan Kesemua Gambar. Apa Yang Pelik Pada Gadis Cantik & Seksi Ini.?

Cuba Perhatikan Kesemua Gambar.. Apa Yang Pelik Pada Gadis Cantik & Seksi Ini..?..Jawapan Nya ada pada gambar yang terakhir...lihat sa persatu ya...hehhehee....selamat melihat,,..cekidot...































10 Gambar Mesra Bagaikan Suami Isteri Hans Isaac Dan Neelofa