Monday 12 November 2012

[Video] Ular gergasi muncul semasa banjir besar Sungai Rajang, Sarawak


Gambar ini dikatakan diambil dari helikopter semasa banjir besar Sungai Rajang baru-baru ini. Lokasi gambar adalah di Ulu Kapit, Sarawak. Badan ular sebesar tong drum dan dikatakan sepanjang 100meter. Ular besar ini digelar 'Nabau' oleh penduduk tempatan.

Analisis gambar di atas menunjukkan ianya adalah gambar penipu. Kalau ular sebesar tu berenang atas permukaan air, mana kocakan ataupun riak airnya?
Benar-benar ada ke ular bersaiz raksasa macam ni kat Sarawak? Anakonda? Namun, kalau dah sungai yang sebesar ini, macam-macam haiwan boleh ada kat dalamnya. Berita ni kecoh dalam suratkhabar Utusan Sarawak. Ada sekeping lagi gambar, tapi tipu punya la.

Juga teringat kes ikan puyu sepanjang tiang elektrik yang muncul masa banjir besar tahun 70an di semenanjung Malaysia. Ikan puyu raksasa tu, benar-benar wujud ya adik-adik. Pokok yang kena libas ngan ekor ikan tu masih berbekas hingga ke hari ini.

Sunday 11 November 2012

20 Gambar Cara Kejam Lupuskan Mayat

Kebanyakan orang Tibet adalah Budha yang percaya pada kelahiran kembali. Setelah seseorang meninggal, tubuh mereka dianggap tidak lebih dari plastic kosong yang perlu dibuang. Disebabkan kondisi geografik tanah tibet yang berbatu serta curam akan sumberdaya kayu, mereka akhirnya lebih memilih untuk melakukan penguburan langit daripada membakar jenazah-jenazah, kerana dianggap lebih praktis.pekara ini memang mengerikan bagi kita yang belum pernah melihatnya, namun bagi umat budha di Tibet, penguburan langit (sky burial) merupakan kemurahan hati bagi orang yang meninggal, kerana mereka memberikan tubuhnya sebagai makanan untuk makhluk hidup lain.


Foto-foto di bawah memperlihatkan proses penguburan langit yang dilakukan oleh orang-orang Tibet.


5 Gambar HOT Rita Rudaini Sekitar Anugerah Skrin 2012







Fazura Hina Lisa Surihani?


Ye Ke Fazura Hina Lisa Surihani? - Adakalnya penulis blog lagi cabul mulut dari wartawan hiburan.

Ambil contoh blog Cili Padi ni.

Bagi penulis, blogger ni ada potensi untuk menjadi wartawan hiburan yang popular kalau dibawak ke arus perdana.

Bendanya mudah sahaja asalnya.

Kisah Fazura tak mahu berlakon cerita Istanbul Aku Datang terbitan Red Films atas alasan tidak akan berlakon sekiranya terdapat adegan di ranjang atau babak berpelukan dengan pelakon lelaki (Wahhhh Fazura…tidak ku duga).

Mungkin nampak rendah sikit la kot moral kalau berlakon peluk-peluk lelaki dan di ranjang.

So, selepas Fazura menolak, watak itu diberikan Lisa Surihani yang berjaya melakonkannya dengan baik sekali.

Namun, kalau ikut Cili Padi…dia telah mewujudkan persoalan apakah Fazura telah menghina Lisa Surihani melalui alasannya untuk tidak menerima tawaran berlakon dalam drama itu.

Jauh juga anjakan penulis blog berkenaan.

Tidak ada apa-apa, cuma di tajuk sahaja persoalan itu dibuat. Namun, sebaris ayat itu sudah mendalam konotasi dengan kesannya.

Penulis sendiri rasanya Fazura cuma meluahkan prinsip dia dan Lisa pula lain prinsipnya.

Lagipun cita Istanbul tu bukan ada adengan ranjang pun kan. So tak jadilah isu.

Apa kata anda? – MyNewsHub

Saturday 10 November 2012

Curang! Justin Bieber Dan Selena Gomez Sah Berpisah

Tinggal kenangan... hubungan Bieber (kanan) dan Gomez berakhir pada minggu lalu.

HUBUNGAN pasangan kekasih remaja sensasi Justin Bieber dan Selena Gomez disahkan berakhir pada minggu lalu.

Menurut laporan portal hiburan E! News, pasangan yang mula mendedahkan hubungan mereka pada Februari 2011 itu difahamkan berpisah pada minggu lalu selepas beberapa kali dikhabarkan putus sebelum ini.

“Mereka berpisah pada minggu lalu. Jadual kerja yang padat menyulitkan keadaan untuk mengekalkan hubungan mereka,” kata seorang sumber kepada portal itu.

Berita perpisahan itu timbul susulan desas-desus yang mendakwa Bieber dilihat keluar bersama dengan peragawati Victoria’s Secret, Barbara Palvin di New York pada awal minggu ini.

Bieber dan Palvin dilihat bersama selepas penyanyi itu mengadakan persembahan pada pertunjukan fesyen jenama itu di bandar raya berkenaan pada Rabu lalu.

Bieber dilihat keluar menonton teater berduaan dengan peragawati Barbara Palvin pada awal minggu ini.


Mereka kemudiannya dilihat bermesraan ketika menonton pementasan teater Lion King di Broadway.

Berita perpisahan dua bintang itu dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan kerana Bieber pernah mendedahkan sebelum ini dia tidak akan pergi ke mana-mana tanpa ditemani Gomez.

“Saya tidak akan berpisah dengan Selena kerana saya tidak mahu dia beranggapan saya berasa malu ketika bersamanya.

“Saya percaya ramai lelaki mempunyai perasaan begitu, terutamanya apabila membabitkan urusan kerja.

"Mereka tidak mahu dilihat bersama kekasih, jadi mereka membuat keputusan untuk hadir pada sesuatu acara secara berasingan. Namun, saya dan Selena melakukan apa sahaja bersama,” katanya.