Thursday 31 May 2012

Wardina report polis diganggu panggilan lucah!


Wardina Saffiyah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif. Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.
“Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.

“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” -Kosmo

No comments:

Post a Comment