Friday 6 April 2012

Luna Maya kini sudah mempunyai kekasih baru

Kisah percintaan antara aktres jelita Indonesia, Luna Maya dan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel semakin menjadi bahan bualan hangat ketika ini kerana ada khabar angin yang mengatakan hubungan mereka ini sudah berakhir.Bagi menguatkan dakwaan tersebut, Luna kini dikatakan sudah bertemu dengan cinta barunya iaitu seorang pengusaha kafe.

Pelakon dan juga penyanyi yang berusia 29 tahun ini juga dikatakan sering menghabiskan masa di kafe lelaki tersebut.Satu sumber yang memberitahu detikHot, mendakwa Luna Maya sering ke kafe lelaki itu pada waktu malam.




Untuk mendapatkan kepastian, detikHot telah menghubungi pengurus selebriti tersebut, Vitalia Ramona untuk mengesahkan tentang teman lelaki baru Luna.


"Saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan, jika mahukan kepastian anda patut tanya kepada dia sendiri,"kata pengurus Luna Maya.Sejak khabar angin mengatakan hubungan antara Luna Maya dan Airel dikatakan sudah berakhir, masing-masing kelihatan seperti sudah mendapat pengganti baru.


Sebelum itu, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham dikatakan semakin rapat dengan penyanyi dari kumpulan "Geisha" Momo, namun Momo menjelaskan bahawa mereka hanya rapat sebagai rakan sekerja untuk projek muzik bersama.

No comments:

Post a Comment