Sunday 8 April 2012

Indonesia Guna "Polis Jelita" Untuk Bina Kepercayaan Rakyat


DILIHAT seolah-olah meniru sebuah rancangan popular tahun 1970 an, Charlie's Angles, pihak berkuasa Polis Indonesia telah menggunakan tiga "Polis Jelita" untuk cuba meraih kembali kepercayaan orang awam yang memandang institusi itu sebagai begitu korup.

Pasukan Polis Indonesia menggunakan tiga orang polis wanita untuk menyampaikan laporan harian tentang kesesakan lalu lintas untuk siaran berita pagi dan petang.

Eny Regama, Avvy Olivia Atam dan Eka Yulianti tiga polis jelita yang digunakan untuk membantu memantau keadaan lalu lintas 10 juta penduduk Jakarta setiap pagi.

"Ini merupakan salah satu cara untuk membina satu hubungan baik antara orang awam dan Polis" Kata jurucakap pihak Polis Indonesia.

Mereka semua telah melalui latihan khusus polis sebelum ini. Yulianti bertugas di Jabatan narkotik semasa menyertai pasukan polis pada 2006.

Hampir satu pertiga anggota di dalam jabatan pemantauan lalu lintas Indonesia yang ditubuhkan tahun lalu oleh kerajaan, terdiri daripada kaum wanita.

The Jakarta Globe melaporkan bahawa reputasi Polis Kebangsaan Indonesia terjejas teruk kerana amalan rasuah dan ia menjadi salah satu faktor terbesar kepada kemiskinan dan kekejaman di sesetengah daerah di negara itu.

Ahli politik di Papua, daerah paling utara dan terbesar di Indonesia dilaporkan telah melenyapkan duit negara berjumlah trillion rupiah, bersamaan dengan ratusan ribu dolar US yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan infrastruktur tempatan

Sumber

No comments:

Post a Comment