Friday, 2 March 2012

Aneh, Buah Kelapa Menangis Ketika Hendak Dibelah

BIMA- Buah kelapa menyerupai wajah manusia menghebohkan warga Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Anehnya lagi, buah ini akan mengeluarkan air seperti menangis jika hendak dibelah.

Rumah pasangan M Saleh dan Siti Aminah di RT 08/04, Kelurahan Melayu, Kecamatan Asakota, Kota Bima, dikunjungi ramai orang untuk melihat buah kelapa ini.

Mereka ingin membuktikan dengan mata kepala mereka sendiri soal khabar heboh yang beredar dari mulut ke mulut mahupun foto di telefon bimbit tentang buah kelapa aneh itu.

Bukan hanya warga biasa, para pegawai dan guru-guru pun tak mahu ketinggalan. Mereka sengaja datang dari tempat kerja masing-masing untuk melihat bentuk asli buah kelapa yang diyakini memiliki keajaiban tersebut.

Menurut Aminah, kelapa tersebut didapat dari pemberian kakaknya, M Yamin. Saat sabutnya dikupas, belum terlihat tanda-tanda aneh.

“Saya terkejut kerana saat akan dibelah keluar air matanya. Akhirnya saya enggak jadi belah dan simpan di almari,” ujar Aminah di rumahnya, Selasa (10/5/2011).

Kerana yakin buah kelapa ini memiliki keajaiban, Aminah mengaku tidak akan menjual atau menggunakannya untuk keperluan rumah tangga. Dia akan menyimpannya sekalipun ada orang yang akan menawar dengan harga tinggi.

Kini buah kelapa tersebut disimpan di dalam kaca agar tidak terjatuh ketika warga melihatnya.

Tingginya animo masyarakat yang ingin melihat buah kelapa ini dimanfaatkan keluarga Aminah. Pihaknya sudah menyiapkan sebuah kotak amal yang boleh diisi pengunjung seikhlasnya.

Warga tidak hanya datang untuk menyaksikan namun juga mengabadikan melalui kamera telefon selularnya. Bahkan beberapa perempuan sempat kerasukan setelah melihatnya.

Maka tak hairan jika ketika ini banyak beredar rakaman video buah kelapa mirip wajah manusia ini
.

No comments:

Post a Comment