Wednesday 1 February 2012

Telefon 911 untuk mintak tuala

No kecemasan 911 digunakan untuk membuat panggilan kecemasant tetapi tidak bagi seorang lelaki Mark Eskelsen.Dia menelefon 911 dari kolam air panas di pinggiran Portland, AS, dan meminta dikirimkan tuala dan cokelat panas. Bukannya mendapatkan pesanannya, dia ditangkap polis dengan tuduhan telah memasuki rumah orang.


Polis Beaverton menyatakan, Mark Eskelsen menelefon 911 dari telefon selularnya dan memperkenalkan dirinya sebagai polis dari Washington. Dia meminta bantuan kesihatan. Kemudian, dia mengaku bahawa dia bukanlah seorang polis.


Eskelsen mengatakan, dia telah berada di dalam air selama 10 jam dan tualanyabasah.Dia juga menyatakan yang dia memerlukan coklat panas dan pelukan Selain menceroboh masuk rumah orang, tuduhan kepada Eskelsen adalah menyalahgunakan perkhidmatan nombor kecemasan 911.(link)

No comments:

Post a Comment