Saturday, 4 February 2012

Tahniah! Mawi bakal bergelar bapa

Dalam diam-diam, Mawi mengesahkan isterinya, Ekin bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini. Usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.

"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.
"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti.
"Terus-terang, saya sangat teruja untuk menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, walaupun saya dan Ekin sebenarnya sangat gementar untuk melalui saat melahirkan bayi pertama kami," luah Mawi. -Via

No comments:

Post a Comment