Friday 17 February 2012

Selebriti siar gambar parti separuh bogel



GAMBAR yang disiarkan laman Twitter menunjukkan aksi Sam Faiers.


LONDON - Bintang siri realiti popular di Britain, Sam Faiers menyambut hari lahirnya yang ke-20 baru-baru ini dengan mengadakan parti separuh bogel dan menyiarkan gambar-gambarnya di Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Faiers merupakan bintang siri realiti The Only Way Is Essexmenyorot kehidupan lima orang dewasa di daerah Essex, timur England.

"Parti cat gelap akan dimulakan!! gadis-gadis bogel di mana-mana! sambutan hari jadi saya akan bertukar menjadi parti yang meriah," katanya di akaun Twitter miliknya .

Faiers kemudian menyiarkan gambarnya berada di tengah-tengah sekumpulan gadis yang cuma memakai seluar dalam bagi menutup bahagian sulit mereka.

Acara liar itu dikenali sebagai Parti Cat Gelap kerana mereka akan menyemburkan cat gelap pada tubuh rakan-rakan lain supaya kulit mereka berwarna coklat seperti selepas berjemur.

Sebelum muncul dalam siri realiti itu, Faiers merupakan model popular untuk sebuah majalah lucah. - Agensi

No comments:

Post a Comment