Wednesday 15 February 2012

Model ini risau payudaranya pecah selepas lakukan pembedahan pembesaran


Adelaide – Seorang model yang juga atlet bina badan, Jodie Marsh kini dalam kebimbangan payudaranya akan pecah selepas dia menjalani pembedahan implan payudara.

Menurut Marsh, dia bimbang jika bahan implan itu mengandungi bahan berbahaya yang dihasilkan oleh pengilang implan payudara Perancis, Poly Implant Prothese (PIP).
“Saya tidak tahu jika ia mengandungi bahan implan dari PIP dan keadaan ini amat menakutkan saya.

“Tiada sesiapa pun daripada hospital yang berhubung dengan saya mengenai perkara ini, dan nampaknya saya perlu menghubungi mereka bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini,” katanya.

Minggu lalu, industri pembedahan kosmetik dikejutkan dengan pendedahan implan payudara hasil keluaran pengilang Perancis, PIP didapati menggunakan bahan tambahan yang tidak diluluskan untuk kegunaan klinikal.

Implan tersebut mengandungi baysilone, silopren dan rhodorsil iaitu produk yang digunakan dalam industri getah dan minyak.

Keadaan ini menyebabkan implan gel silikon tersebut terdedah kepada risiko mudah pecah. - mynewshub

1 comment: