Monday, 23 January 2012

Wanita Maut Kerana Suntikan Botox Buatan Sendiri

Janet Hardt, 63, mungkin tak pernah membayangkan bahawa niatnya untuk menjadi cantik berakhir dengan tragedi kematian. Wanita yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat itu mengalami jangkitan bakteria selepas menyuntik ekstrak lemak lembu panas ke wajahnya. Seperti laporan dari ABC News, Hardt mengalami jangkitan dan parut di sekitar mulut dan bibirnya.


Janet Hardt mengeluh kerana wajahnya terasa seperti terbakar disaat-saat sebelum beliau meninggal,kematian Hardt dipercayai kerana keradangan di dinding bahagian dalam perutnya. “Ada ramai orang di luar sana melakukan suntikan buatan sendiri untuk melawan kedutan, tapi saya tidak pernah mendengar ada persatuan kesihatan yang mengesyorkan kaedah ini (suntikan lemak lembu panas), “kata Dr Phillip Haeck, Presiden American Society of Plastic Surgeons.


Hardt telah berkali-kali menyuntik ekstrak lemak daging lembu ke wajahnya tanpa kawalan perubatan. Dia biasa mengekstrak sendiri ramuan itu sebelum menyuntikannya ke wajah. “Suntikan itu boleh menyebabkan hakisan kulit,” kata Haeck.“Suntikan protein haiwan tidak akan menyebabkan kegagalan sistem fatal, tapi lebih cenderung menyebabkan kesan sampingan yang biasa sahaja.Ramai orang yang mempunyai kesan alahan terhadap protein haiwan akan mengatakan bahawa wajah mereka seperti terbakar.Mungkin itulah yang dialami oleh Hardt.



Sebelum ini pun dunia pernah digemparkan oleh seorang wanita Korea bernama Han Mi-ok yang ketagih suntikan kolagen, beliau telah menyuntik wajahnya sendiri dengan menggunakan minyak masak,losen bayi dan mentega untuk menjimatkan kos.

Hasilnya Han Mi-ok kini dikenali sebagai "wanita kipas elektrik" (kerana muka dan kepalanya kelihatan besar manakala badannya kurus, dia kelihatan seperti kipas angin.)

Dalam satu wawancara dengan stesyen televisyen SBC,Han Mi-ok telah berkata, "Saya masih mahu menjalani pembedahan plastik".

Ini adalah pengajaran kepada kita semua agar bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita!! Atau hidup anda mungkin berakhir seperti "wanita kipas angin" ini..

No comments:

Post a Comment