Tuesday 24 January 2012

Lelaki gila Saja Cakap Rozita Tak Cantik – Zain Saidin


Mohamad Zain Mohd Saidin atau Zain Saidin, bakal menyambut ulangtahunnya yang ke 28 pada 23hb Februari depan. Seorang model juga pelakon yang drama TV yang tidak kurang kacaknya.

Namanya meletup-letup selepas kes kontrovesi mengikut Rozita Che Wan bersama anak-anaknya ke Genting Highlands.

Sebenarnya mengikut Zain (Adik kepada Shasha Elite), dia dan Rozita sudah lama rapat. Ketika itu sama-sama berlakon di dalam Kiah Pekasam.

Mengaku meminati Rozita, Zain berkata gossip antara mereka hilang begitu sahaja selepas Rozita mengakui menyintai Shahir. Walaubagaimana pun, selepas hubungan Rozita dan Shahir mendapat tentangan keluarga Shahir, Rozita sudah beralih arah semula bersama Zain. Sejauh mana kebenarannya?


“Kami langsung tidak bercinta. Memang betul kami rapat tetapi hanya sebagai kawan rapat sahaja. Kami selalu bertanya khabar dan keluar makan-makan dan lepak bersama. Saya berkawan rapat dengan ramai lagi artis perempuan. Seperti Azza Elite saya kenal dari kecil lagi dan dialah yang mengenalkan saya kepada Rozita.” 
Mengakui baru putus cinta beberapa bulan lepas dengan seseorang bukan dari bidang hiburan, menyebabkan dia tidak mahu berfikir dahulu tentang itu.
Ditanya tentang perasaannya pada Rozita, Zain mengaku masih lagi suka kepada pelakon jelita itu. Walaubagaimanapun dia hanya merancang untuk menamatkan zaman solonya setelah berusia 30 tahun. 
“Perasaan saya masih sama. Memang saya suka padanya. Sebagai lelaki normal memanglah saya suka pada wanita secantik Rozita. Lelaki gila saja yang cakap Rozita tak cantik! “


Gambar terbaru Zain. Khabarnya untuk lakonan RTM ‘Bermulanya Disini’ di PLKN. Alamak! Hilang jambu dah. HAHA.

No comments:

Post a Comment