Monday, 23 January 2012

Justin Bieber Ditahan Polis




PENYANYI pop remaja popular, Justin Bieber ditahan pihak polis kerana membelok secara berbahaya di sebatang jalan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Never Say Never” ini bagaimanapun hanya diberi amaran oleh polis yang menahannya sebelum dia dilepaskan.

Sumber yang berada di tempat kejadian berkata, Justin berjanji kepada polis berkenaan tidak akan mengulangi perbuatannya dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Kejadian tersebut bukan kali pertama apabila kekasih Selena Gomez itu pernah ditahan di California kerana memotong kenderaan lain di kawasan larangan tetapi dibebaskan setelah diberi amaran.

sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment