Friday 23 December 2011

Zul akui mungkin akan menjalinkan semula hubungannya bersama Abby

Zulkifli Ariffin mengakui masih sayangkan bekas girlfriend-nya, Abby Abadi walaupun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan cinta buat masa ini. Zul akui adalah tidak mungkin dia dapat melupakan hubungannya bersama Abby yang telah berlangsung selama tiga tahun begitu sahaja dan masih menghormatinya sebagai seorang kawan.


"Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya.

"Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya adakah Zul akan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Abby, Zul menjawab ringkas. “mungkin...!

No comments:

Post a Comment