Sunday 25 December 2011

Yusry dan Lisa sah nikah 23 Februari 2012

Tahniah!!.. Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terjawab apabila mereka mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012. Yusry berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tarikh perkahwinan mereka kerana perlu berbincang dengan kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pegumuman.


belum kahwin dah peluk sakan nampak.. huehue..
"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami. Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.
Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya, Sabtu. Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

No comments:

Post a Comment