Wednesday 7 December 2011

Si cantik Neelofa berkongsi petua kecantikan

Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah setelah menjuarai Dewi Remaja 2010. Menyelami erti kecantikan sebenar buat Neelofa, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.

“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.

“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.

“Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong,”

Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit

No comments:

Post a Comment