Tuesday 20 December 2011

Man Kidal Dituduh Mencuri Dan Bakal Disaman

‘Man Kidal’ atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood 48′ adalah antara salah seorang lagenda gitaris rock terkenal yang pernah dilahirkan di bumi Malaysia. Mustahil bagi mereka yang tidak mengenalinya dalam industri muzik tanah air ini.

Apa yang menggemparkan cerita disini adalah terdapat satu tuduhan terhadap Man Kidal yang menyatakan beliau ‘mencuri’ karya lagu ciptaan seorang lelaki lewat 30-an dan enggan memulangkannya.


“Sepanjang lebih 30 tahun terbabit dalam dunia seni saya tidak pernah menciplak karya orang lain,” sebagai berkata oleh gitaris otai itu.

Difahamkan lagi, pencipta karya terbabit membuat laporan polis kelmarin selepas hampir tiga bulan karya diserahkan kepada Man Kidal tidak dipulangkan. Pencipta lagu itu turut menyatakan dia bersedia mengambil tindakan undang-undang kepada ‘Man Kidal’ sekiranya menyalahguna lagu ciptaannya itu.

Karya berkenaan diserahkan pencipta lagu terbabit melalui seorang kenalannya yang juga penggiat seni untuk diberikan kepada Man Kidal bagi dinilai sebelum dikomersialkan awal September lalu.

Namun pemain gitar berkenaan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Sebenarnya isu mencuri karya orang ini bukan baru namun tidak banyak yang diperkatakan mengenainya.

Man Kidal kini punyai pangkat dan reputasi tersendiri yang cukup hebat. Sebarang tuduhan tanpa bukti seperti ini hanyalah sesuatu yang membuang masa Man Kidal sendiri yang sudah biasa dengan permainan hebat dalam industri muzik tempatan.

No comments:

Post a Comment