Monday 5 December 2011

Kekasih Sarimah Ibrahim orang France yang mirip Justin Timberlake

Sarimah Ibrahim mengakui sedang menjalin hubungan intim dengan lelaki warga Perancis bernama Guillaume sejak dua tahun yang lalu. Mereka hanya menjadi rapat sejak lelaki berusia 34 tahun itu menetap di Kuala Lumpur.
Guillaume dan Sarimah

Justin Timberlake
“Saya sudah lama kenal dengannya, sejak lapan tahun lalu kerana dia memang menetap di Asia sebelum ini. Bagaimanapun, sebelum ini kami sekadar bertegur sapa begitu saja dan hanya kawan biasa.

“Hubungan kami menjadi semakin rapat kira-kira dua tahun selepas dia (Guillaume) berpindah ke Kuala Lumpur

“Saya senang dan selesa berkawan dengannya tapi sejujurnya saya tidak pasti jika dia adalah lelaki paling tepat untuk menjadi calon suami.

“Saya berserah kepada Allah, jika dia adalah calon terbaik saya terima dengan hati yang terbuka.

“Apa pun, hanya masa yang akan menentukan siapa pasangan terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya, insyaAllah,” kata Sarimah. -Via

No comments:

Post a Comment