Thursday 1 December 2011

Janda hidup dengan mayat suaminya selama 10 tahun

Seorang janda hidup bersama mayat suaminya selama lebih dari satu dekad kerana dia tidak boleh menerima kematiannya.

Jean Stevens (91) juga hidup dengan mayat adik kembarnya yang meninggal tahun lalu.

Setelah semua anggota keluarganya telah meninggal, Stevens mengawetkan mayat mereka dan menyimpannya di rumah. Dia merawat mayat-mayat itu semampunya hingga diketahui oleh polis.Kematian mereka begitu sukar di terima olenya.

Dia mengatakan bahawa dia ingin dipersatukan kembali dengan James Stevens, suaminya yang meninggal di usia 60 tahun pada tahun 1999, serta June Stevens dan adikkembarnya yang baru sahaja meninggal.

Dia berbuat demikian agar boleh menyentuh dan berbual bersama mereka.

Dia menyimpan jenazah adiknya dengan mengenakan pakaian terbaiknya, pada sebuah sofa dalam sebuah bilik dengan tempat tidur dan menyemburnya dengan pewangi yang mahal.

Hal yang sama dilakukan kepada jenazah suaminya yang diletakkan pada sebuah sofa di dalam garaj.

No comments:

Post a Comment