Friday 23 December 2011

Ibu sanggup bakar anaknya dalam ketuhar



JACKSON - Seorang wanita ditahan selepas pihak berkuasa menemui anaknya di dalam ketuhar elektrik di sebuah apartmen, kelmarin. 

Penyiasat forensik di Washington, Methel Johnson berkata, polis menemui mayat Tristan Robinson, 3, dalam keadaan terbakar dan suhu badannya masih panas semasa mangsa dikeluarkan dari ketuhar. 

Terrie A.Robinson, 24, ditahan oleh polis Greenville, kelmarin, kerana didakwa membunuh anaknya sendiri. 

Laporan awal menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada kepala kanak-kanak itu dan laporan bedah siasat akan menentukan sama ada dia dibunuh sebelum dibakar di dalam ketuhar tersebut. 

"Kejadian ini sangat menyentuh perasaan kerana ia akan kekal terpahat dalam memori saya sampai bila-bila," menurut Johnson lagi. 

Ketua Polis Greenville, Freddie Cannon enggan memberikan maklumat lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment