Sunday 25 December 2011

Ibu ditangkap lakukan penderaan seksual ke atas anaknya

Polis Amerika Syarikat (AS) menangkap seorang ibu yang mempunyai empat anak selepas menerima maklumat daripada polis Britain yang menyaksikan imej dia melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak dipercayai anaknya menerusi video dalam talian.

Menurut sebuah akhbar semalam, wanita berumur 30 tahun itu didakwa melakukan serangan seks dan mengeksploitasi kanak-kanak di bawah umur.

Jika disabitkan kesalahan dia akan dipenjarakan sehingga 20 tahun bagi setiap tuduhan.
Wanita itu ditahan di penjara daerah Aroostook di sini dekat sempadan Kanada.
Beberapa laporan menyatakan kanak-kanak yang muncul dalam imej dalam video itu mungkin merupakan anaknya.

Menurut seorang pegawai polis, Sarjan John Cote, beberapa penyiasat polis AS, penguat kuasa kastam dan imigresen dan dadah menemui bukti berhubung jenayah wanita itu.

No comments:

Post a Comment