Thursday 1 December 2011

Gila, lelaki ini cari emas sampai ke lubang najis

Beberapa lelaki Bangladesh sanggup mencari serpihan emas terbuang di saliran kumbahan di kawasan berdekatan 400 kedai dan kilang pertukangan emas di Bazar Tanti di Dhaka.
Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Shahabuddin, 45, berkata, dia mampu memperoleh pendapatan AS$14 (RM47.18) sehari dengan menjual serpihan emas itu yang ditemui di saliran kumbahan itu.

Pendapatan itu dianggap tinggi kerana purata gaji penduduk Bangladesh ialah AS$25 (RM84.26) sebulan.

"Pada awalnya, setiap orang berasa gembira apabila harga emas naik kerana ia membawa pulangan lebih baik," katanya.

Namun, pendapatannya berkurangan kerana tukang-tukang emas tidak mendapat banyak tempahan sekali gus menyebabkan dia gagal memperoleh serpihan emas untuk dijual.

No comments:

Post a Comment