Saturday 10 December 2011

Cumbuan Panas Penjaga Gol Arsenal Dengan Penyerang Liverpool Di FIFA 12

Arena bola sepak di kejutkan dengan penyebaran berita skandal penyerang Liverpool Andy Carrol dengan penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski ketika perlawanan FIFA 12 berlangsung. Klip video yang disebarkan di Youtube dimana mendapat perhatian meluas oleh peminat bola sepak dan catatan penonton youtube itu dianggarkan lebih kurang sejuta orang.

Setelah gosip ini diteliti, didapati ia hanyalah animasi permainan video game di mana berlaku kerosakan teknikal pada video game menyebabkan seolah-olah berlaku rakaman berunsur seks yang berlaku agak pantas dikesan oleh seorang pemain video game dan dimuat naik di laman web. sila lihat video dibawah . .


Keadaan pelik dan melucukan ini berlaku apabila penyerang Liverpool, Carroll menjaringkan gol dan berlanggar dengan penjaga gol Arsenal, Lukasz lalu terjatuh dan menunjukkan aksi ghairah antara satu sama lain apabila bercumbuan dan berpelukan di atas padang.

Ia adalah salah satu penemuan paling melucukan dalam permainan PlayStation dan Xbox hit setakat ini.

Lain-lain rakaman yang ditemui yang agak melucukan termasuk pemain lawan yang muncul di dalam pasukan yang menang dan bermesra ketika mereka meraikan kemenangan.

Lebih daripada 5,000 orang telah menunjukkan minat dengan klip dan menekan butang 'like' dan lebih dari 1000 komen telah di terima.

No comments:

Post a Comment