Friday 16 December 2011

Awie Cari Gaduh Di Pulau Langkawi, Lapor Polis Selepas Kena Belasah?


Entah kenapa, seakan sukar imej gangster dan kaki pukul terhakis dari identiti selebriti bernama Awie — ini gossip baru.
Satu sumber dari Pulau Langkawi menyampaikan kisah ini kepada kami semalam tentang kelakuan terbaru Awie di’sana.
Kisah ini masih 50/50 akan kebenaran’nya dan pertimbangan minda sihat di’sarankan ketika membaca gossip ini.
Al-kisahnya, minggu lepas Awie telah turun ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat PEKIDA Malaysia dan seperti mana lelaki lain, Awie keluar untuk menghabiskan masa bersama dua orang rakan beliau yang kami di’fahamkan sebagaibodyguard Awie.
Ketika berada di sebuah pusat hiburan, Awie telah bergaduh mulut dengan seorang lelaki atas sebab sebab yang tidak dapat di’pastikan dan ia’nya mencapai kemuncak apabila Awie melontar cabaran dengan memanggil lelaki ini sebagai penakut dan bacul.
Dan, terjadilah pergaduhan fizikal yang sah sah berpihak kepada Awie dan dua orang bodyguard beliau itu. Awie turut di’laporkan menggunakan buku lima dalam pergaduhan tersebut.
Episod 2 – Si Abang Balas Dendam
Lelaki yang teruk di’belasah ini mengadu kepada abang beliau yang terus berusaha mencari Awie dan rakan rakan’nya malam itu juga — adik sendiri kena belasah, siapa yang boleh duduk diam.
Awie dan dua orang rakan’nya telah berpindah lokasi berhibur malam itu dan si abang kebetulan berjumpa dengan mereka di Sunba Retro Bar. Sekali lagi pergaduhan fizikal terjadi.
Namun nasib kali ini tidak menyebelahi Awie dan rakan beliau kerana si abang seorang diri berjaya mematahkan kekuatan mereka bertiga — maklum’lah, si abang adalah guru Silat Bunga Kedah.
Episod 3 – Awie Buat Laporan Polis
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan si abang dan kerana kedudukan beliau yang agak selesa dalam persatuan, Awie di’katakan telah mengarahkan beberapa rakan’nya yang lain untuk mencari si guru silat ini.
Dan, Awie di’khabarkan telah membuat laporan polis yang konon’nya beliau telah di’serang tanpa sebab malam tersebut. Kesudahan nasib si abang tidak dapat sumber kami pastikan.
Agak terperinci juga gossip yang kami terima ini dan baca sekali lagi sudah seperti drama swasta di kaca televisyen. Seperti biasa, seseorang perlu buat penjelasan akan gossip ini.
sumber: rotikaya.com

No comments:

Post a Comment