Monday 5 December 2011

Adik Khairul Fahmi Meninggal Dunia

Adik Khairul Fahmi @ Apex Meninggal Dunia
Hari ini pasti merupakan hari paling sedih buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex apabila adik kesayangannya, Mohd Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun meninggal dunia akibat demam denggi kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang penuh warna buat penjaga gawang terbaik negara ini.

Di satu sudut, Apex dipuja jutaan peminat bolasepak tempatan kerana kehebatannya beraksi untuk pasukan kebangsaan hingga membolehkan negara mencapai banyak kejayaan besar termasuk yang terbaru kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA.

Di satu sudut lagi, kehidupan peribadinya mula diperkatakan khususnya setelah beliau mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya.

Di media massa khususnya di internet, Apex diserang dengan pelbagai gossip terutamanya bila tersebar gambar-gambar beliau bersama gadis-gadis cantik sehingga membuatkan penjaga gol ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk bersara awal daripada sukan bola sepak kerana terlalu kecewa dengan apa yang berlaku.

Dan yang terbaru, kisah sedih pemergian ke rahmatullah adiknya pagi ini.

Semoga Apex tabah dalam mengharungi badai dan cabaran yang pastinya menguji kesabaran serta keimanan beliau.

Bagi pihak Mynewshub.my, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Apex…semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

No comments:

Post a Comment