Saturday, 17 December 2011

600 Orang Bergambar Bogel Dalam Sebuah Pasaraya




BEIJING – Jurugambar terkenal, Spencer Tunick, tidak henti-henti dengan kontroversinya. Yang terbaru, dia telah berjaya menarik lebih 600 orang bergambar tanpa seurat benang pun.

Hasil lensa Jurugambar dari Amerika itu disiarkan oleh chinanews.com. Dalam gambar tersebut, ratusan orang tanpa pakaian, berada dalam sebuah pusat membeli belah di Oxford Street, London.

Mereka memenuhi lima tingkat pusat membeli belah tersebut termasuklah tingkat yang paling bawah dan berbaris menaiki eskalator, seakan beramai-ramai menuju suatu tempat. Tunick memberikan judul terhadap gambar tersebut sebagai’BeConsumed’. Namun masih belum lagi ada Kenyataan rasmi darinya mengenai karya terakhir ini.

Tunick memang saya kenali atas kemampuannya mengumpul manusia sebenar menanggalkan pakaiannya. Beberapa karyanya dengan ratusan orang bogel itu tidak mungkin terdapat di tempat lain di dunia. Modelnya adalah terdiri daripada sukarelawan yang tidak menerima bayaran pun tetapi menerima gambar edisi terhad itu.

No comments:

Post a Comment