Sunday 20 November 2011

Yana Samsudin sedang bercinta dengan adik seorang artis?

Norliayana atau Yana Samsudin kini dikhabarkan sedang bercinta dengan adik seorang artis lelaki. Baguslah begitu, kata orang patah tumbuh, hilang berganti. Dulu Yana pernah bercinta dengan Pierre Andre dan kedua-duanya merupakan pengarah muda. Yana yang pernah diberi peluang mengarah “Selamat Pagi Cinta” di usia semuda 23 tahun.

Walaupun telah pernah memenangi anugerah, Yana tetap kekal merendah diri walaupun beliau kini sudah cukup terkenal dengan arahan dan lakonannya. Adakah Yana kembali bersama Pierre Andre? Atau sedang bercinta dengan Shaheizy Sam?

Kami akan terus menyokong Yana. Yana yang kami temui di lokasi tayangan perdana filemnya ini ternyata tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa melayan peminatnya dengan mesra sekali. Ternyata Yana adalah antara artis dan pengarah muda pilihan kami. Nantikan sahaja kisah Yana ini nanti.

No comments:

Post a Comment