Wednesday 16 November 2011

Wanita ini sanggup menggelarkan diri “Pemburu Sperma” kerana teringin untuk hamil

lara carter Sanggup menggelarkan diri Pemburu Sperma kerana teringin untuk hamil

Lara Carter, 25 tahun yang teringin segera hamil walaupun belum berkahwin telah menggelarkan dirinya sebagai “pemburu sperma”. Lara yang sebelum ini pernah bersama dengan lebih 20 lelaki ketika dia dalam keadaan subur tetapi masih lagi gagal untuk mendapatkan zuriat yang diidaminya sendiri.

Lara akan menggunakan alat pengukur kesuburan setiap kali waktu subur dan pada masa tersebut juga dia akan berpura-pura mabuk dan terus mencari lelaki yang sesuai untuk memenuhi keinginan seksnya serta agar dapat memperolehi zuriat.

Jika Lara terjumpa dengan lelaki yang ingin menggunakan kondom semasa melakukan seks, ia telah menyediakan kondom khusus yang telah dilubangkan hujungnya.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk memperolehi bayi dan tidak ada siapa yang dapat menghalangku. Semua rakanku sudah mempunyai anak dan aku juga teringin menjadi seorang ibu,” kata Lara seperti yang dilaporkan dalam The Sun.

Masalahnya, sampai hari ini Lara masih lagi tidak dapat mencari pasangan dan memiliki hubungan yang sebenar. Terlalu sukar baginya untuk mendapatkan pasangan yang bersedia memikul tugas menjaga anak. Kebanyakan lelaki seusianya masih lagi belum bersedia untuk menjadi bapa dan amat keberatan untuk menerima idea Lara. Apabila dia mendedahkan ideanya itu kepada pasangannya, dia terus ditinggalkan. Akhirnya Lara memutuskan untuk memilih menjadi ibu bapa tunggal.

Keinginan untuk hamil wujud awal tahun lalu ketika menyambut hari lahir anak temannya. Baginya tiada masalah untuk menjadi ibu tunggal kerana ia hanya memerlukan sperma daripada mana-mana lelaki yang boleh membuatkannya hamil.

“Saya sangat menyukai kanak-kanak dan teringin untuk menjadi ibu sejak kecil, keinginan itu telah pun menjadi obsesi buat saya. Matlamat hidup saya kini hanyalah untuk hamil,” katanya menambahkan.

Kerana kesempitan wang, dia tidak mampu untuk mendapatkan sperma dari bank sperma. Untuk khidmat nasihat sahaja sahaja telah memakan kos 295 Pound dan kos keseluruhannya boleh mencapai sehingga 2.000 Pound.

Bagi menjayakan misinya, Lara mempunyai taktik tersendiri dan kosnya juga lebih murah iaitu, menggunakan konsep ‘one night stand’. Walapun begitu ia juga tetap mengeluarkan kos untuk memeriksa waktu suburnya.

“Pertama, saya akan memeriksa sama ada sedang subur atau tidak. Ujian ini cukup mahal. Untuk setiap kali pemeriksaan, ia telah menelan belanja 20 Pound. Kadang kala, sewaktu subur juga saya tidak terjumpa pun lelaki yang sesuai. Biasanya, setelah berpakaian cantik-cantik, saya akan bertemu dengan rakan-rakan di bar dan mencari lelaki yang paling berpotensi untuk menjadi penderma sperma, ” ujar Lara.

Di rumahnya, Lara telah menyiapkan pakaian dan peralatan untuk bakal bayinya kelak walaupun sampai kini tanda-tanda kehamilan masih lagi belum wujud. “Saat saya melihat pakaian bayi yang cantik-cantik, saya akan terus membelinya. Saya juga telah menyediakan nama yang sesuai, mungkin Tilly, James atau Matthew. Selain itu saya juga mengamalkan meminum vitamin untuk kesuburan walaupun harganya terlalu mahal,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment