Saturday, 5 November 2011

Wanita ini masih selamat walaupon bom sudah tertanam dalam mukanya

Di Mexico, mereka memanggilnya 'Miracle Woman ' dan ia mudah untuk melihat mengapa dipanggil sebegitu.Secara ringkasnya, apa yang berlaku kepada Karla Flores sesuatu yang luar biasa berbanding mana-mana kejadian.Ia bermula pada suatu hari apabila ibu kepada tiga orang cahaya mata ini yang berasal dari Culiacan, Sinaloa, menjual makanan laut di jalan.

Beliau terdengar letupan letupan, merasa dipukul sesuatu dan seperti diketuk. Karla merasakan seakan rasa terbakar di mukanya dan apabila dia mengangkat tangannya, ada darah.Kemudian dia tidak sedarkan diri.Apabila Karla bangun di Hospital Besar Culiacan, dia fikir pasti ada batu yang menimpa mukanya.
Wanita berusia 32 tahun itu berkata: 'Doktor bertanya kepada saya apa yang berlaku. Saya beritahu beliau,yang mungkin ada batu yang terkena muka saya.'Kemudian mereka mula melihat dan mendapati bahawa ia disebabkan oleh beberapa jenis peluru tetapi mereka tidak tahu apa dia sebenarnya.'

X-RAY - MENUNJUKKAN SESUATU BERADA DIDALAM TENGKORAKNYA

X-ray dan tomografi menunjukkan objek pelik yang terperangkap di antara rahang.Kemudian mereka sedar ia bukan batu tetapi bom tangan yang meletup secara langsung.Rupa-rupanya, bom tangan ditembak dengan pelancar bom tangan sepertimana bunyi yang Karla dengar tetapi bom tersebut tidak meletup apabila terkena mukanya. Bom itu hanya terbenam dimukanya!.


Serta-merta hospital diletakkan pada langkah berjaga-jaga kerana bahan letupan maut itu boleh meletup pada bila-bila masa dan membunuh semua orang dalam jarak 32 kaki.Hampir menyebabkan semua orang tidak dapat bernafas, Karla telah diasingkan dan pesakit juga kakitangan hospital dipindahkan.

Jam tetap bergerak dan sesuatu harus dilakukan dengan Karla.Kebanyakan doktor tidak mahu membedah beliau.

Akhir sekali pengarah hospital, Dr Gaxiola Meza meminta sukarelawan.Empat orang yang berani datang ke hadapan: Dua anesthesiologists, Felipe Ortiz y dan Cristina Soto, jururawat Rodrigo Arredondo dan Dr Lidia Soto.

AJAIB - X-RAY MENUNJUKKAN KESAN AKIBAT LETUPAN BOM TERSEBUT

Bersama-sama dengan dua orang pakar bahan letupan dari tentera Mexico, mereka mengambil Karla ke lapangan yang terbuka untuk melakukan pembedahan keatas beliau.Mereka mengambil semua peralatan pembedahan bersama mereka termasuk sistem pencahayaan. Dengan cara itu jika mereka membuat kesilapan, tiada siapa lagi yang akan mati.

Karla, disuntik bius, diberi trakeotomi supaya dia dapat bernafas. Empat jam kemudian sekitar tengah malam, barulah pembedahan itu telah berjaya dilakukan.Bom itu diekstrakkan dari kepalanya oleh seorang doktor yang tidak memakai perisai dan dipandu oleh pakar-pakar tentera.

Akibatnya Karla kehilangan separuh daripada giginya, mukanya cacat dengan parut besar dan menurut doktor Karla akan menghadapi satu lagi pembedahan dalam masa 3 tahun lagi.

Tetapi dia masih hidup. Itu yang menjadi keajaibannya!. Polis sedang menyiasat tetapi tiada tangkapan dibuat.

No comments:

Post a Comment