Friday, 11 November 2011

Wanita Ini Bertahun-Tahun Simpan Lima Mayat Bayi Hasil Hubungan Gelapnya Dalam Almari

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga. Wanita ini akhirnya mengaku dia melahirkan bayi di tab mandinya sebanyak lima kali, hasil hubungan gelap dengan rakan sekerjanya. Dia disyaki membunuh salah satu bayi dalam keadaan hidup dan disimpan di almari yang terkunci rapat.

Jika sabit kesalahan, Michele Kalina, akan dijatuhi hukuman 20 hingga 40 tahun.

Kepada seorang psikiatri, ia mengaku membungkus kelima-lima bayi itu dengan tuala dan kemudian menyimpannya dalam bekas di dalam peti dikunci. Dia ingat bahawa bayi yang ketiga, laki-laki, masih bernyawa ketika dilahirkan.

“Dia mungkin telah membungkus bayi terlalu ketat dengan tuala sehingga bayi tidak boleh bernafas,” kata Dr Jerome Gottlieb, pakar jiwa yang mengiringi beliau. Tubuh bayi-bayi itu kemudian dibungkus dengan simen dan dimasukkan ke dalam tempat pendingin di dalam peti.

Lima mayat itu membusuk selama bertahun-tahun sehingga anak perempuannya mendapati kerangka sisa-sisa jasad itu tahun lalu. Pada ketika itu, pihak berkuasa tidak dapat menentukan bagaimana bayi-bayi itu telah meninggal.

Kalina, seorang jururawat, mengaku dalam keadaan mabuk semasa melahirkan dan tidak ingat apa yang berlaku. Beliau juga mengalami kemurungan yang teruk dan lain-lain masalah kesihatan mental.

Peguamnya, Holly Feeney, mencari pelepasan atas alasan bahawa Kalina telah belajar untuk menafikan hakikat bahawa dia sering mengalami penderaan fizikal dan seksual di zaman kanak-kanak. Dia meletakkan kenangan bayi beliau dalam ‘almari psikologi’.

No comments:

Post a Comment