Thursday 17 November 2011

[Video] Inilah Komputer Senipis Kertas

1762543 Komputer Senipis Kertas

Penyelidik di Kanada mengakui sedang membangunkan komputer yang mempunyai ketebalan senipis kertas. Komputer ini akan sangat fleksibel hingga boleh dilipat dan disimpan di dalam saku.Ahli sains komputer di Queens University, Ontario, Kanada, berjaya mencipta prototaip komputer ini.

Komputer ini menggunakan paparan skrin sentuh fleksibel yang boleh dibengkokkan.Menurut keterangan universiti itu, peranti ini digambarkan sebagai ‘komputer’ sekaligus ‘smartphone’.“Komputer ini terlihat, terasa dan beroperasi menggunakan sekeping kertas interaktif,” ujar pencipta Roel Vertegaal sekaligus pengarah Human Media Lab seperti dikutip Los Angeles Times.

Pengguna boleh berinteraksi dengan peranti ini dengan membengkokkannya menjadi telefon bimbit atau melipat nya untuk membalik laman atau menulis di atasnya menggunakan pen, katanya.Alat ini merupakan ‘prototaip smartphone yang disebut paperphone’ yang ‘disebut-sebut sebagai iPhone fleksibel,’ katanya lagi.

Teknologi ini boleh digunakan untuk tablet, telefon dan peranti lain yang akan ‘menyesuaikan bentuk pada saku’.Lihat videonya.


No comments:

Post a Comment