Monday 21 November 2011

[Video] Dua tentera bernasib baik kerana hampir dilanggar jet yang sedang mendarat

2 orang tentera dilihat hampir dilanggar sebuah jet pejuang berkelajuan tinggi yang sedang melakukan pendaratan. Insiden itu berlaku di atas kapal USS George Washington di Lautan Pasifik pada bulan lepas.


Satu rakaman video yang dimuat turun di You Tube menunjukkan jet F/A-18 Super Hornet menghampiri kapal di belakang 2 orang tentera kerana mereka berjalan di atas dek penerbangan tanpa melihat lalu lintas udara.

Komander Pauline Storum, seorang jurucakap tentera udara dan tentera laut di kapal pengangkut pesawat pasifik berkata kepada Star and Stripes, 'Ia seperti melintas jalan. Mereka tidak melihat kiri dan kanan terlebih dahulu. Pesawat sedang mendarat yang berlaku sepanjang masa disini dengan pelbagai sebab.


Satu perkara yang baik mengenai kejadian itu ialah apabila video tersebut kini digunakan untuk tujuan latihan keselamatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Tentera Laut Amerika Syarikat tidak akan mengambil apa-apa tindakan tatatertib terhadap 2 orang tentera tersebut.

Komander Storum berkata: "Tiada siapa yang cedera, peralatan tidak rosak dan kami tidak menghukum anggota berkenaan untuk kesilapan yang tidak disengajakan ​'.


Berikut adalah video yang dimuatkan di you tube:

No comments:

Post a Comment