Sunday, 6 November 2011

Umur baru 12 tahun dah jadi pelacur

PERTH - Pihak berkuasa Australia kini berdepan gejala pelacuran kanak-kanak apabila pelacur semuda usia 12 tahun dilihat mencari pelanggan di kawasan pinggir bandar di sini, lapor akhbar The Sunday Times.

Akhbar itu melaporkan Pemangku Pengurus Perkhidmatan Remaja Inner City, Jen Korab (gambar) yang pernah menjadi pelacur kanak-kanak berkata, terdapat pelacur seawal usia 12 tahun bekerja di beberapa taman di bandar berkenaan sejak setahun lalu.
"Sudah menjadi pemandangan biasa apabila terdapat kereta bergerak perlahan dan berhenti dengan tujuan untuk mencari pelacur muda itu di kawasan Perth dan Northbridge," kata Korab.

"Saya pernah bercakap dengan beberapa pelacur muda itu dan mereka menyatakan terdapat kanak-kanak berumur sembilan tahun yang melacur," tambahnya.

Menurutnya, pelacur kanak-kanak sering terdedah dengan persekitaran penyalahgunaan dadah bagi menenangkan jiwa kerana mereka belum cukup matang untuk mengawal tekanan.
Susulan pendedahan Korab, Menteri Perlindungan Kanak-Kanak, Robyn McSweeney berkata, beliau amat mengambil berat mengenai perkara itu dan akan menemui Menteri Polis, Rob Johnson dan kelompok aktivis untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap gejala tersebut.

No comments:

Post a Comment