Sunday 6 November 2011

Tandas telah selamatkan nyawa seorang pemandu kapal terbang

WASHINGTON - Seorang juruterbang berumur 67 tahun keluar dari sebuah pesawat ringan yang terhempas dalam keadaan terbalik di sebuah kawasan yang dipenuhi dengan tandas bergerak.

Enjin pesawat yang dipandu juruterbang itu berhenti selepas ia berlepas dari Lapangan Pierce County-Thun di sini.
Pesawat itu kemudian terhempas dan menghempap sejumlah tandas bergerak.
Akhbar Tacoma News-Tribune melaporkan juruterbang itu berseorangan ketika dia mengendalikan pesawat Cessna.

"Sejurus mencecah ketinggian 45 meter, enjin Cessna itu berhenti.
"Dia cuba berpatah balik bagi membuat pendaratan tetapi tidak bernasib baik," kata seorang jurucakap polis, Ed Troyer.

Seorang pekerja pembinaan, Northwest Cascade berkata, bilangan tandas bergerak yang banyak itu berjaya mengurangkan hentakan pesawat itu ketika ia terhempas.

No comments:

Post a Comment