Tuesday, 15 November 2011

Suami minta perlindungan polis kerana isterinya yang terlalu gila seks

BERLIN - Seorang lelaki warganegara Turki yang tinggal di Jerman meminta bantuan perlindungan pihak polis agar dijauhkan dari isterinya.

Lelaki yang putus asa ini meminta perlindungan pihak polis bersebab. Perlindungan itu diminta apabila isterinya yang tidak pernah merasa puas dalam hubungan intim sehinggakan selalu meminta hubungan seks dari dirinya.

Lelaki tersebut datang ke balai polis pada Selasa kelmarin dan mengatakan bahawa dia terpaksa tidur di sofa selama empat tahun ini untuk lepas dari cengkaman isterinya itu.

"Kini dia memutuskan untuk bercerai dan pindah dari rumahnya dengan harapan dia boleh beristirahat. Dia datang ke Balai Polis dengan penuh bersemangat agar boleh beristirahat," kata jurucakap polis.

Untuk saat ini dia tidak boleh untuk beristirahat kerana isterinya selalu mendatanginya di ruang tamu dan meminta menunaikan kewajibannya sebagai seorang suami.

No comments:

Post a Comment